8 Jun 2011

Nilai Moral dan Didikan Agama

Posted by Mama Amani | at Wednesday, June 08, 2011

Banyak berita-berita di akhbar sekarang mengisahkan masalah sosial, kes rumahtangga, dll. Siapakah yang patut di salahkan?? Sedikit petikan akhbar:-

IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera suami, seorang wanita berusia 47 tahun bukan saja dicekik sebaliknya perutnya ditendang selain kepalanya dipijak lelaki terbabit di rumah mereka di Bukit Petaling, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dipukul seperti binatang hampir sejam hanya disebabkan kesilapan kecilnya itu.

Lebih kejam apabila suaminya berusia 42 tahun itu turut meletakkan pisau di leher mangsa ketika suspek memijak kepala wanita terbabit sebelum mengugut mencederakannya jika mengulangi kesilapan sama.


Sumber: MyMetro


Di manakah sifat belas kasihan, kasih sayang, hormat menghormati antara manusia?? Jika jiwa yang kosong itu di didik tanpa agama, maka begitu lah moralnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.

Tetapi sungguh kesian, sudahlah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada mereka, ibubapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling menyedihkan lagi, mereka asyik dengan nikmat dunia.

Anak boleh berbakti kepada ibubapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka, menjaga mereka semasa tua dan sakit, dan memberi nafkah kepada mereka semasa mereka hidup manakala mendoakan keampunan untuk mereka, melaksanakan wasiat mereka, dan membayar hutang mereka sekiranya ada setelah meninggal dunia.

Akhir sekali didiklah anak-anak kita dari sekarang supaya menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh anak yang suka mendoakan kedua ibu bapanya. Anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ Mama Amani - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author Mama Balqis :) ~