1 Jun 2011

Pengalaman Menjaga Anak di hospital

Posted by Mama Amani | at Wednesday, June 01, 2011

Aktiviti 4 hari 3 malam di hospital adalah melihat doktor cucuk jarum, ambil darah, dan bagi makan ubat kepada anak. Inilah kali pertama pengalaman menjaga anak di wad yang begitu mencabar tahap kesabaran fizikal dan mental seorang ibu. Setiap kali doktor cucuk jarum ke tangan anak, mesti air mata ibu turut mengalir keluar melihat tangisan anaknya. Ibu manakah yang tidak sedih melihat anaknya begitu??

Anak yang sekecil itu berusia kurang setahun telah mendapat jangkitan kuman. Anak ini belum mengerti apa itu jangkitan kuman dan perlu rawatan segera. Setiap kali jarum yang berada di tangannya, pasti akan cuba di tanggalkan kerana melihat ia benda yang luar biasa. Anak ini seorang yang gigih dan sukakan sesuatu yang baru, maka doktor terpaksa lah menukar jarum di tangan ini setiap hari akibat anak yang 'sukakan' benda yang melekat di tangannya itu.

Doa mama sentiasa memohon supaya anaknya kembali sihat. Setelah 3 hari diberi antibiotik, alhamdulillah nampaklah perubahan..Anak ini kembali aktif dan bermain seperti biasa. Yang luar biasa, dia semakin 'manja' dengan mamanya.huhu...


Keperluan semasa di hospital:
-Pakaian yang cukup termasuk lampin
-Susu dan makanan untuk anak
-Toys untuk anak atau barang kesukaannya

**Pastikan pakaian & kelengkapan penjaga juga mencukupi

Moral of the story kesihatan anak perlu di jaga, jika anak mendapat sakit cepat-cepat refer doktor sebelum melarat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ Mama Amani - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author Mama Balqis :) ~