25 May 2011

Asma Ul Husna

Posted by Mama Amani | at Wednesday, May 25, 2011 0




Santapan rohani, sungguh menenangkan hati..

Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil(tidak genap) dan menyukai perkara yang ganjil"
Imam Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi.

24 May 2011

Oh malaysiaku

Posted by Mama Amani | at Tuesday, May 24, 2011 0

Petikan dari akhbar The Star:-
KUALA LUMPUR: Despite being a small country, Malaysia has been named the 10th largest consumer of alcohol in the world.

According to World Health Organisation (WHO) statistics this year, Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol, while the per capita consumption was seven litres. Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie said the alcohol consumption problem in the country was getting serious.

*sumber The Star



Walaupun Islam adalah agama rasmi tetapi berita ini begitu menyedihkan. Negara ini menduduki ranking ke-10 peminum arak paling ramai di dunia. Menurut statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter.

Adakah golongan beragama Islam juga termasuk di dalam senarai ini???

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya”. (Riwayat Anas ra)

Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan yang berdosa, bertaubatlah, jauhi maksiat dan perkara-perkara yang di larang olehNYa.
Berdoalah semoga saudara, jiran tetangga, kaum kerabat kita, tidak terlibat sama. Sekian.

23 May 2011

Alam Rumahtangga

Posted by Mama Amani | at Monday, May 23, 2011 2


Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja.

Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”

Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin.

Maka Umar al-Khattab memjawab “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku.

Berkata lelaki itu “begitu jugalah perihal isteriku”.

Jawab Umar “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”

Kehidupan hari ini:-
Kalau tak berleter, luar biasa...
Mungkin ada sesetengah anak akan bertanya "kenapa mama diam hari ni?"
"mama tak sihat???"
Kalau tak berleter kepada suami, isteri akan lepaskan 'tension' kepada anak.
"tau makan jer, kemas tak tahu"
"campak baju merata2..tak boleh letak dalam bakul ke?"
"kerja sekolah dah buat? asyik tgk tv jer..."
Ini mungkin juga tujuan untuk menyindir suaminya.

Suami perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter...Tidak semua leteran itu adalah kebencian, tetapi kadang lebih kepada luahan hati seorang isteri. Hakikitnya hanyalah rintihan dan pengaduan.

22 May 2011

Ayat Seribu Dinar

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 22, 2011 0


Maksud:-
Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal dengan ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Diharapkan saudara/i mempunyai kelapangan untuk mengamalkannya.
Sekian, selamat beramal.

19 May 2011

Patutkah Undang-undang Mewajibkan Anak Memberi Nafkah Kepada ibubapa

Posted by Mama Amani | at Thursday, May 19, 2011 0



Petikan :-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mengkaji keperluan mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Encik Mohd Fazari Mohd Salleh, bagaimanapun, berkata sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak dalam jangka panjang.

Menurutnya, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai bagi menangani isu itu.

'JKM mahu kesedaran menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

Pendapat:-

Sepatutnya sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi nafkah kepada ibubapa yang banyak berkorban untuk anak-anak mereka. Pada saya ada atau takda undang-undang, memang perlu untuk anak memberi nafkah pada kedua ibubapa mereka. Ia bergantunglah pada kemampuan masing-masing. Sejak kecil kita di besarkan, di belai, di berikan didikan dan sebagainya. Tetapi apabila besar dan berjaya, tidak patut kita melupakan begitu jer jasa kedua ibubapa.

Mungkin ada sesetengah berkata anak perempuan tidak wajib memberi nafkah kepada ibubapa kerana kena ikut cakap suami. Sekarang ramai perempuan sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Manakala anak lelaki pula ada juga yang tidak memberi nafkah dengan alasan nak bagi ke isteri pun tak cukup. Lelaki ke perempuan, tak salah untuk kita menghulur nafkah kepada ibubapa kerana tak rugi berbuat baik pada orang tua.

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatianhttp://www.blogger.com/img/blank.gif terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.
*sumber hadith dari sini

18 May 2011

Agar Isteri Bahagia di samping Suami

Posted by Mama Amani | at Wednesday, May 18, 2011 0

Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

Hendaklah senyum itu senatiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.

Perbanyaklah mencari keridhan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keridhaanmu.

Pilihlah waktu ynag tepat untuk meluruskan kesalahan suami.

Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.

Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.

Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.

Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.

Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.

Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan materi Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.

Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesutu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.

Jangan lupa bila anda melihat suami anda shalat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut shalat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

Janagn berlebih-l;ebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

Janganlah anada mengerjakan shaum sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.

Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.

Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.

Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.

Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.

Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.

Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.

Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.

Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.

Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.

Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.

Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.

Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.

Jauhilah sifat dusta karena hal itu kanmenyakitkannya.

Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.

Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuau kepadamu.

**Sumber: “Nasehat kepada para Muslimah”, bagian kedua, Fathi Majdi as-Sayyid, Pustaka Arafah

Saham Amanah

Posted by Mama Amani | at Wednesday, May 18, 2011 0

Anak merupakan salah satu nikmat di dunia.Tanggungjawab dalam keluarga adalah sangat besar, baik di dunia ataupun di akhirat. Tanggungjawab seseorang setelah berkahwin adalah tidak terbatas, pasangan yang berkahwin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bahkan sebelum kelahiran seorang anak. Akan tetapi banyak orang yang lalai akan tanggungjawab yang besar ini.

Apabila ibubapa menginginkan agar anaknya berbuat baik kepadanya dan orang tua, maka hendaklah kedua ibubapa itu memberikan pendidikan yang baik yang menjadi kewajipannya. Apabila anak tidak diberikan pendidikan dengan baik maka seseorang telah mengkhianati amanah tersebut.

Berilah ilmu secukupnya kepada anak-anak kerana itu adalah saham untuk kita. Biar betapa panasnya ia, genggamlah ia. Biar tangan terbakar jangan anak tersungkur, jadi sampah tak berguna, jadi pokok tak berbuah.


Pemimpin yang Adil

Posted by Mama Amani | at Wednesday, May 18, 2011 0

Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab pernah menasihatkan, pada suatu ketika setelah barang-barang daripada Parsi antaranya kain yang dirampas daripada peperangan menentang kerajaan Parsi , Saidina Umar membahagikan kain-kain berkenaan kepada penduduk Madinah.

Esok masing-masing memakai baju yang dibuat daripada kain berkenaan, Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang dibahagi-bahagikan itu, lalu bangun seorang sahabat dan berkata : Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat tuan. Saidina Umar berkata kepadanya : Kenapa kamu berkata demikian? Sahabat itu bertanya pula: dari mana kamu ambil baju yang dipakai ini? Kerana mengikut pembahagian semalam tidak padan kain itu dengan tubuh kamu, kerana kain yang kamu dapat semalam sedikit sahaja.
Lalu Saidina Umar menyuruh anaknya bangun, bangun wahai Abdullah!! Lalu Abdullah bin Umar menyatakan bahawa saya memberikan bahagian saya kepada ayah saya. (untuk melengkapkan jadi sehelai baju).

Sahabat itu berkata : sekarang saya mendengar dan saya taat. Ini menggambarkan bagaimana amalan yang dilaksanakan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Berlaku di zaman para sahabat r.a dan bagaimana saidina Umar menguruskan soal pembahagian harta rampasan perang dengan adil, sehingga dia sendiri menerima bahagian sebagaimana sahabat yang lain walaupun tidak mencukupinya.

Begitu juga di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika bangun berucap dengan dan taatlah aku, lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’I yang juga seorang ulama’ yang masih muda,sedangkan Muawiyyah seorang yang sudah tua menjadi khalifah.

Kata Abu Qasim : Wahai Muawiyyah!! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu, ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?

Muawiyah tidak tahan lalu lari dari majlis berkenaan, lalu dia dating semula lalu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya marah itu daripada syaitan, untuk memadamkan api, air digunakan justeru sesiapa yang marah hendakalah dia berwudu’, aku telah berwudu’ kerana mendengar Rasulullah s.a.w, sebenarnya apa yang kamu katakana itu adalah benar. Peristiwa itu berlaku dizaman kegemilangan Islam
*Sumber dari sini

15 May 2011

Pemakaian Tudung

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011 0


Kepada wanita-wanita diluar sana, ingatlah cara pemakaian tudung yang betul. Janganlah terlalu mengikut fesyen sehinggakan melanggar batas-batas yang telah di tetapkan oleh syariat.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)

Dan diiriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah).
Sekadar untuk renungan bersama.

Sekadar Berkongsi

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011 1


Sekadar berkongsi maklumat untuk saling mengingati. Kepada wanita-wanita dan gadis-gadis di luar sana berhati-hati semasa anda berjalan keseorangan. Elakkan melalui tempat yang sunyi dan berjalan seorang diri semasa pergi dan pulang dari tempat kerja.

Apa matlamat mamat ini ek??? Kenapa dia menyimbah asid kepada gadis-gadis?? Saspek menaiki motosikal jenis honda ex5, memakai topi keledar hitam bervisor dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Orang ramai yang ternampak boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui hotline polis kl (rakan cop) di talian 03-21159999 atau sms poliskl ke 32728 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.

Hari Guru 16 Mei

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011 0


Sempena 16 Mei pada setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru. Bulan Mei memberikan pengertian kepada seluruh warga guru kerana pada 16 Mei merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Hari Guru yang disambut semenjak 1972 merupakan tarikh bagi menghargai jasa disebalik perjuangan guru-guru. Tema hari guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Saya setuju dengan tema kerana guru merupakan individu yang penting dalam membina sebuah negara yang berjaya.

Akan tetapi pada tahun ini juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Adakah guru-guru akan mendapat durian runtuh atau sebaliknya. Kita tunggu dana lihat....

**SELAMAT HARI GURU KEPADA YANG BERGELAR GURU**

Koleksi Emas Sadur

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011 0


Mengikut harga pasaran emas sekarang, mungkin anda telah mengetahui bahawa emas sekarang berada pada harga yang tinggi. Ia berpunca daripada nilai matawang US yang semakin susut. Selain itu, wujud permintaan pengunaan emas di kalangan negara-negara besar untuk mendapatkan emas. Bank pusat juga menaruh minat terhadap emas sebagai penampan krisis ekonomi.

Saya bukan hendak bercerita tentang harga emas tetapi koleksi emas sadur yang berada di pasaran. Terdapat pelbagai koleksi emas sadur sekarang di pasaran yang mempunyai rekabentuk menarik. Jika anda berminat mengayakan barang perhiasan dan sering bertukar-tukar barang perhiasan ini, semestinya emas sadur ini menjadi permintaan. Ia amat murah dan rekaan terkini amat memikat sesiapa yang memandang. Jika di lihat dengan mata kasar, semestinya seseorang itu tidak dapat meneka itu adalah emas sadur.

JIka sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi emas sadur, bolehlah klik disini

Polka Dot

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011 0


Cotton polka dot sekarang semakin diminati ramai tetapi ia susah untuk didapati di pasaran. Tidak banyak kedai yang menjual kain cotton polka dot ini. Polka dot ini mempunyai banyak jenis kaler yang anda boleh lihat sendiri. Bagi sesetengah orang berpendapat cotton polka dot mungkin sejenis kain yang nampak seperti tidak menarik dan buruk dari pandangan. Tetapi itu atas penilaian masing masing kerana setiap manusia memang berbeza pandangan.

Jika anda pandai menyesuaikan kain ini untuk dibuat baju, ia pastinya kelihatan menarik. Setelah dibuat kajian dan mencari kain ini, salah sebuah kedai yang menjual kain ini ialah Kamdar. Itupun stok nya adalah terhad,hehehe...Jika anda berminat, rajin-rajin lah mencari ataupun search kat internet tetapi mungkin harga yang ditawarkan sedikit mahal.

14 May 2011

Permulaan Yang Baru

Posted by Mama Amani | at Saturday, May 14, 2011 0

Hai semua, saya baru berjinak-jinak dalam dunia blog. Diharapkan anda semua dapat meberi sokongan kepada blog ini. Selalu2 lah singgah di blog ini dan Follow blog ini k!!! TQ semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ Mama Amani - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author Mama Balqis :) ~