15 May 2011

Hari Guru 16 Mei

Posted by Mama Amani | at Sunday, May 15, 2011


Sempena 16 Mei pada setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru. Bulan Mei memberikan pengertian kepada seluruh warga guru kerana pada 16 Mei merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Hari Guru yang disambut semenjak 1972 merupakan tarikh bagi menghargai jasa disebalik perjuangan guru-guru. Tema hari guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Saya setuju dengan tema kerana guru merupakan individu yang penting dalam membina sebuah negara yang berjaya.

Akan tetapi pada tahun ini juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Adakah guru-guru akan mendapat durian runtuh atau sebaliknya. Kita tunggu dana lihat....

**SELAMAT HARI GURU KEPADA YANG BERGELAR GURU**

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ Mama Amani - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author Mama Balqis :) ~