14 Jun 2011

Menang Piala FA, Sukma Terengganu cuti Ahad 19/6/2011

Posted by Mama Amani | at Tuesday, June 14, 2011 0


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri Terengganu Ahad ini sempena kemenangan skuad bolasepak negeri itu menjulang Piala FA Sabtu lalu.

Cuti peristiwa itu juga sempena kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, yang berakhir semalam, buat kali ketiga berturut-turut.


Ahmad membuat pengumuman itu pada sambutan meraikan wira skuad Penyu dan Sukma di Dataran Shahbandar yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.

Ahmad berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kepada pemain dan juga peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada arena sukan tempatan.

8 Jun 2011

Dua kali Lima Suami Isteri

Posted by Mama Amani | at Wednesday, June 08, 2011 0

Isteri tak pandai masak, suami tidak boleh jadi imam.

Kes perempuan:

"Apalah perempuan zaman sekarang ni, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Maka jawaplah si perempuan itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab sejak kecil tidak di galakkan oleh keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. Bila pulang ke rumah mesti lah nak rehat sepuas-puasnya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya lelaki lagi dengan penuh semangat."Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Kes lelaki:

Zaman sekarang berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata alah biasalah tu. Jangan di perbesarkan nanti mereka terasa hati. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan pula."Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Kata perempuan yang lain. Betul juga, berapa kerat lelaki yang mampu menjadi imam solat jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama sekiranya uzur syarie ke masjid.

Selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah perempuan kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.



Sepatutnya untuk menjadi suami mesti bersedia memikul tanggungjawab yang besar ini, dan boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain playstation di tv mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak di suruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Jangan kata Fatihah kadang2 bismillah pun tak betul. Tidak kiralah lelaki atau wanita, dalam bab agama kita perlu lah belajar menuntut ilmu. Iman itu tidak boleh di warisi atau di jual beli. Perlu ada sikap dalam diri individu untuk bertakwa kepada Allah.

Nilai Moral dan Didikan Agama

Posted by Mama Amani | at Wednesday, June 08, 2011 0

Banyak berita-berita di akhbar sekarang mengisahkan masalah sosial, kes rumahtangga, dll. Siapakah yang patut di salahkan?? Sedikit petikan akhbar:-

IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera suami, seorang wanita berusia 47 tahun bukan saja dicekik sebaliknya perutnya ditendang selain kepalanya dipijak lelaki terbabit di rumah mereka di Bukit Petaling, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dipukul seperti binatang hampir sejam hanya disebabkan kesilapan kecilnya itu.

Lebih kejam apabila suaminya berusia 42 tahun itu turut meletakkan pisau di leher mangsa ketika suspek memijak kepala wanita terbabit sebelum mengugut mencederakannya jika mengulangi kesilapan sama.


Sumber: MyMetro


Di manakah sifat belas kasihan, kasih sayang, hormat menghormati antara manusia?? Jika jiwa yang kosong itu di didik tanpa agama, maka begitu lah moralnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.

Tetapi sungguh kesian, sudahlah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada mereka, ibubapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling menyedihkan lagi, mereka asyik dengan nikmat dunia.

Anak boleh berbakti kepada ibubapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka, menjaga mereka semasa tua dan sakit, dan memberi nafkah kepada mereka semasa mereka hidup manakala mendoakan keampunan untuk mereka, melaksanakan wasiat mereka, dan membayar hutang mereka sekiranya ada setelah meninggal dunia.

Akhir sekali didiklah anak-anak kita dari sekarang supaya menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh anak yang suka mendoakan kedua ibu bapanya. Anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia.

6 Jun 2011

TIP PERKAHWINAN

Posted by Mama Amani | at Monday, June 06, 2011 0



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

1 Jun 2011

Pengalaman Menjaga Anak di hospital

Posted by Mama Amani | at Wednesday, June 01, 2011 0

Aktiviti 4 hari 3 malam di hospital adalah melihat doktor cucuk jarum, ambil darah, dan bagi makan ubat kepada anak. Inilah kali pertama pengalaman menjaga anak di wad yang begitu mencabar tahap kesabaran fizikal dan mental seorang ibu. Setiap kali doktor cucuk jarum ke tangan anak, mesti air mata ibu turut mengalir keluar melihat tangisan anaknya. Ibu manakah yang tidak sedih melihat anaknya begitu??

Anak yang sekecil itu berusia kurang setahun telah mendapat jangkitan kuman. Anak ini belum mengerti apa itu jangkitan kuman dan perlu rawatan segera. Setiap kali jarum yang berada di tangannya, pasti akan cuba di tanggalkan kerana melihat ia benda yang luar biasa. Anak ini seorang yang gigih dan sukakan sesuatu yang baru, maka doktor terpaksa lah menukar jarum di tangan ini setiap hari akibat anak yang 'sukakan' benda yang melekat di tangannya itu.

Doa mama sentiasa memohon supaya anaknya kembali sihat. Setelah 3 hari diberi antibiotik, alhamdulillah nampaklah perubahan..Anak ini kembali aktif dan bermain seperti biasa. Yang luar biasa, dia semakin 'manja' dengan mamanya.huhu...


Keperluan semasa di hospital:
-Pakaian yang cukup termasuk lampin
-Susu dan makanan untuk anak
-Toys untuk anak atau barang kesukaannya

**Pastikan pakaian & kelengkapan penjaga juga mencukupi

Moral of the story kesihatan anak perlu di jaga, jika anak mendapat sakit cepat-cepat refer doktor sebelum melarat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ Mama Amani - Designed by Miss Rinda - Layout by My Blog Make Over - Author Mama Balqis :) ~