
Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja.
Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”
Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin.
Maka Umar al-Khattab memjawab “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku.
Berkata lelaki itu “begitu jugalah perihal isteriku”.
Jawab Umar “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”
Kehidupan hari ini:-
Kalau tak berleter, luar biasa...
Mungkin ada sesetengah anak akan bertanya "kenapa mama diam hari ni?"
"mama tak sihat???"
Kalau tak berleter kepada suami, isteri akan lepaskan 'tension' kepada anak.
"tau makan jer, kemas tak tahu"
"campak baju merata2..tak boleh letak dalam bakul ke?"
"kerja sekolah dah buat? asyik tgk tv jer..."
Ini mungkin juga tujuan untuk menyindir suaminya.
Suami perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.
Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter...Tidak semua leteran itu adalah kebencian, tetapi kadang lebih kepada luahan hati seorang isteri. Hakikitnya hanyalah rintihan dan pengaduan.
2 comments:
best post ni..hehee...
tapi seorang ibu pun dye kena ingat gak...
>>mother not martyr.
http://www.suhaibwebb.com/relationships/marriage-family/spouse/mother-not-martyr/
okey...hihi
Post a Comment