Petikan dari akhbar The Star:-
KUALA LUMPUR: Despite being a small country, Malaysia has been named the 10th largest consumer of alcohol in the world.
According to World Health Organisation (WHO) statistics this year, Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol, while the per capita consumption was seven litres. Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.
Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie said the alcohol consumption problem in the country was getting serious.
*sumber The Star

Walaupun Islam adalah agama rasmi tetapi berita ini begitu menyedihkan. Negara ini menduduki ranking ke-10 peminum arak paling ramai di dunia. Menurut statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter.
Adakah golongan beragama Islam juga termasuk di dalam senarai ini???
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya”. (Riwayat Anas ra)
Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan yang berdosa, bertaubatlah, jauhi maksiat dan perkara-perkara yang di larang olehNYa.
Berdoalah semoga saudara, jiran tetangga, kaum kerabat kita, tidak terlibat sama. Sekian.
0 comments:
Post a Comment