
Petikan :-
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mengkaji keperluan mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Encik Mohd Fazari Mohd Salleh, bagaimanapun, berkata sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak dalam jangka panjang.
Menurutnya, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai bagi menangani isu itu.
'JKM mahu kesedaran menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.
Pendapat:-
Sepatutnya sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi nafkah kepada ibubapa yang banyak berkorban untuk anak-anak mereka. Pada saya ada atau takda undang-undang, memang perlu untuk anak memberi nafkah pada kedua ibubapa mereka. Ia bergantunglah pada kemampuan masing-masing. Sejak kecil kita di besarkan, di belai, di berikan didikan dan sebagainya. Tetapi apabila besar dan berjaya, tidak patut kita melupakan begitu jer jasa kedua ibubapa.
Mungkin ada sesetengah berkata anak perempuan tidak wajib memberi nafkah kepada ibubapa kerana kena ikut cakap suami. Sekarang ramai perempuan sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Manakala anak lelaki pula ada juga yang tidak memberi nafkah dengan alasan nak bagi ke isteri pun tak cukup. Lelaki ke perempuan, tak salah untuk kita menghulur nafkah kepada ibubapa kerana tak rugi berbuat baik pada orang tua.
Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:
Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"
Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!
Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".
Pengajarannya:
1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.
3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.
4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.
5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatianhttp://www.blogger.com/img/blank.gif terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.
6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)
7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.
*sumber hadith dari sini
0 comments:
Post a Comment