|
Anak merupakan salah satu nikmat di dunia.Tanggungjawab dalam keluarga adalah sangat besar, baik di dunia ataupun di akhirat. Tanggungjawab seseorang setelah berkahwin adalah tidak terbatas, pasangan yang berkahwin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bahkan sebelum kelahiran seorang anak. Akan tetapi banyak orang yang lalai akan tanggungjawab yang besar ini.
Apabila ibubapa menginginkan agar anaknya berbuat baik kepadanya dan orang tua, maka hendaklah kedua ibubapa itu memberikan pendidikan yang baik yang menjadi kewajipannya. Apabila anak tidak diberikan pendidikan dengan baik maka seseorang telah mengkhianati amanah tersebut.
Berilah ilmu secukupnya kepada anak-anak kerana itu adalah saham untuk kita. Biar betapa panasnya ia, genggamlah ia. Biar tangan terbakar jangan anak tersungkur, jadi sampah tak berguna, jadi pokok tak berbuah.
18 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment